Thursday 14 May 2020

Posting bersawang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam (lagi 8 hari kot nak habis,haha). Terlebih dahulu maaf dipinta kerana hampir setahun tidak bersiaran di sini atas sebab malas nak mampus. Malas pun bersebab, tahun 2019 banyak peristiwa-peristiwa besar berlaku dalam hidup aku (alasan malas nak menulis la tu). 2019 tahun aku dikurniakan cahaya mata dan tahun ini juga aku dapat pindah tempat kerja dimana tempat kerja in 3 kali ganda lagi sibuk dari tempat sebelumnya. Huhu

Ingat nak berkubur macam tu je blog ni, entah kenapa semangat mahu menulis balik datang. hahaha.

Tahun 2019 ada beberapa tempat aku tidak cerita lagi di sini, InsyaAllah aku akan cerita satu-persatu tapi dalam bentuk yang ringkas. Summary gitu.

Januari - Trip rakan-rakan ke Phnom Penh dan Siem Riep, Kemboja
Februari - Trip ke Dubai dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
April - Trip ke Kochi, India (Sudah tulis)
Mei - Trip ke Bangkok, Thailand
Mei - Trip puasa di Jakarta, Indonesia
Julai - Trip pendek ke Singapore, try new route from Kb to Singapore
Ada lgi beberapa trip tempatan yang aku buat, Ipoh, Melaka dan Kota Kinabalu. Dan ada juga trip yang burn begitu sahaja. Bulan september ke Fukuoka (wife bersalin) dan ke Manila bulan Disember ( Taufan, stranded di airport Changi)

Jumpa bertemu lagi di next entry. 




No comments:

Post a Comment