Tuesday 12 May 2020

Ke INDIA lagi - Kochi, Kerala (Part 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sambung penceritaan perjalanan solo aku ke Kochi, Kerala, India. 

Hari ke-2 (5/4/2019) Sabtu

Hari ke-2 disini aku keluar jalan-jalan lebih kurang pukul 10 pagi. Jam 10 pagi di sini lebih kurang jam 12 tenagh hari rasanya jika di Malaysia. Terik panasnya. Haha. Destinasi pertama pada pagi ini ialah ke Indo-Portuguese Museum of Cochin. Lebih kurang 15 minit jalan kaki dari tempat penginapan. Simple museum yang meletakkan barang-barang dari Gereja di sekitar Kochi dan di sini juga ada sisa-sisa runtuhan kubu pada zaman Portugis.
The Indo-Portugese Museum


40 rupee entrance ticket

Tapak asal bangunan ini

Serpihan runtuhan bangunan (gereja) disimpan dalam ini

=P
Dari sini aku jalan kaki pula ke persisiran pantai, ada la 2-3 orang tengah mandi pantai tengah-tengah panas. Ada yang tengah menjala ikan. Yang menarik dekat pantai di sini ada beach guard. Impressive!!!
Pantai di sana, sebiji sama dengan pantai depan rumah aku

Aktiviti perikanan pagi di sini

Hasil tangkapan nelayan di sana

Kena pandai tawar-menawar juga ya jika nak beli

Selepas melepas lelah di tepi pantai, aku bergerak pula ke Kerala Kathakali centre untuk membeli tiket Kathakali Dance Show, persembahan dijangka bermula jam 5 petang, sengaja beli awal, takut tiada pula bila nak walk-in nanti. Selepas beli tiket, ke Haji Noor Juices pekena Follooda dekat situ, sedap juga rasanya. Alhamdulillah. Tengah-tengah ronda area sini, ternampak perkhidmatan ferry ke Ernakulum, rupa-rupanya selain dari pengangkutan darat, Kochi juga dilengkapi dengan jaringan perkhidmatan air yang efisien. Apa lagi, terus aku naik ferry dari pier kochi fort ke pier ernakulam. Pergi balik hanya 8 rupees sahaja. Murah sangat ini. Yang paling menarik waktu naik feri ini, aku dapat spot sekumpulan dolphin mengikuti feri. Rezeki sungguh.

Folooda dekat kedai Hj.Ali Noor

Tiket feri 4 rupee jah

Feri dah datang

Keadaan dalam feri

Ramai orang atas bot

Rentas laut
 Selepas buat round trip naik feri, aku lunch di Kayees Rahmatulla Restaurant, Alhamdulillah sedap sangat briyani ayam dia, Aku juga minta extra lauk daging. Terasa rempah-rempah yang digunakan. Lepas makan tengah hari, balik berehat di bilik sebelum keluar semula untuk melihat Kathakali dance show. Kathakali dance show ini merupakan tarian klasik masyarakat India yang berasal dari negeri Kerala. Penceritaan dia pula berkisar tentang epik-epik kitab hindu. Sekali tengok memang tak faham la tarian kathakali ini. Lucu pun ada juga. Tarian ini mengambil masa dalam satu jam, lagi satu jam untuk acara mekap sbelum tarian dimulakan.
Sedapnya!!

Padu
Tiket tengok katakali dance

Mula-mula dia tunjuk cara nak pakai mekup

Ajar cara-cara buat emosi guna muka

Mula penceritaan kitab-kitab hindu

COMEL kan.
Lepas habis tengok dance show, aku ke area Fort Kochi/Princes street, ronda-ronda dan ngopi dekatsitu. Lepas itu, terus balik dan tidur.
Haji Ali lagi 

Dinner malam tu
Hari ke-3 (6/4/2019) Ahad

Hari terakhir di Kochi sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada malamnya, jadi rancangan hari ini ialah ke area Mattancherry. Selepas sarapan pagi di kedai Bismillah, jalan kaki ke area Matancherry. Ada apa di Mattancherry? Pertama aku pergi ke Mattancherry palace, macam museum yang meneceritakan susur galur keturunan diraja kerala. Disini juga diletakkan ukiran karya epik hindu. Lawa ukirannya.

Tiket masuk Mattancherry Palace

Dari luar rupa museum
Disebalah palace ini ada jew town, dimana kanan kiri banyak rumah kedai yang menjual pelbagai cenderahati. Di hujung jalan ada Jew Synagogue, rumah ibadat yahudi. Boleh masuk di sini tapi aku tak masuk pon. Selepas pusing area sini, jalan kaki balik ke rumah untuk urusan check out.
Jew Town


Synagogue 

Singgah sini jap beli cenderahati
Selepas check out, aku amik ferry ke Lulu Mall untuk shopping dan habiskan rupee. Sempat juga beli Mutton Whooper di Burger king untuk buat bekal nak makan di tepi pantai kochi layan sunset. Hehe. Tepat jam 7 naik bas di situ ke Airport. Urusan di Kochi internatioanl airport semua berjalan lancar, ruang menunggu dan surau selesa sangat dan penerbangan Malaysia Airlines ke KL juga perfect.
Sumpah lawa view sunset di Fort Kochi


Bas dari Kochi Fort ke Cochin Airport, lagi murah dari naik OLA.

Cantik juga airport dia malam-malam

kelas tau tempat menunggu dia.

Rindu masakan Malaysia

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA

Terima Kasih.











No comments:

Post a Comment