Tuesday 2 June 2020

Cerita di Dubai dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Selamat Hari Raya semua, moga hari raya pada tahun ini akan diingati sampai bila-bila. Bila lagi nak solat hari raya dekat rumah masing-masing, ziarah kubur tak dibenarkan, open house tiada, nak bersalam-salaman pon tak dapat. Haha.

Bendera UAE
Pada entry kali ini aku nak bercerita tentang trip aku,isteri dan anak saudara ke negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau lebih popular orang kenal dengan nama Dubai. Padahal Dubai ini merupakan ibu negara UAE ya. Hehe. Sebenarnya lama dah rancangan aku nak ke sini, orang cakap negara yang maju, bangunan cantik-cantik di tepi pantai pula tu. Lepas itu ada padang pasir, lama dah aku teringin nak main gelongsor padang pasir tu.

Peta Negara UAE
Tarikh : 04-09/02/2019
Destinasi : UAE (Dubai dan Abu Dhabi)
Penerbangan : Emirates Airlines (Naik dan turun di Changi, Singapura)
Atas flight

Menu

Antara keunikan emirates

Breakfast

Breakfast
Flight pulanf

Breakfast

Ahli rombangan : 3 beranak

Pengangkutan

Sepanjang berada di sana, kami bnyak guna Nol Card (sama macam touch n go), aku beli di stesen metro airport harga 25 dirham, ada nila 19 dirham dalam nya. Ada 2 line sahaja di Dubai iaitu, line merah dan line hijau. Dari airport boleh terus ke downtown Dubai. Sangat selesa dan easy peasy.
2 line sahaja, negara kita lagi kompleks
Stesen Metro di airport

Stesen metro dari jauh
Lawa metro dia

Selain Metro boleh juga guna bus, Kareem (macam Grab) dan Uber di sini. Satu lagi yang aku guna di sini ialah pengangkutan air, naik abra (nama ferry) tu pon untuk rentas sungai je.
Stesen abra

Tiket asing, boleh juga guna nol card

Baniyas water station

Atas abra

View atas abra

View malam atas abra

Untuk pergerakan aku dari Dubai ke Abu Dhabi aku naik bas sahaja. Aku naik dari Al Ghubaiba station dan berhenti di Abu Dhabi bus station. Dari Abu Dhabi ke Dhubai aku naik free shuttle bus yang disediakan oleh Ferrari world.
Al-Ghubaiba Station

Bas yang akan dinaik
Stesen bas Abu dhabi

Interior stesen bas Abu Dhabi

https://www.rta.ae/wps/portal/rta/ae/home (link rasmi pengangkutan di sana)

Penginapan

1.Cassels Al-Barsha Hotel
Aku beli kupon dekat groupon uae, harga OK la dengan bilik yang diberikan, apartment style dan bangunan dia agak lama rasanya. Urusan check in tidak smooth, ada masalah sedikit dekat kupon groupon dan pihak hotel. Lokasi dia perfect, dekat dengan stesen mrt sharaf DG, bus stop dan boleh jalan kaki sahaja ke Mall of emirates. Hidangan breakfast dia OK sahaja.
Pintu masuk hotel

Bilik air

Bilik utama

Ruang tamu
Breakfast

2.Sheraton Dubai Creek Hotel
Sahaja stay disini satu malam sebab dekat dengan pasar-pasar lama di Dubai, di tepi sungai dan view pada waktu malam di sini cantik sangat. Bilik yang dapat pun besar, free upgraded tak silap aku. Dapat check in awal dan interior bangunan ini sangat cantik. Berdekatan dengan stesen mrt Union stesen. Stesen abra pon berhampiran, boleh naik abra layan marine transport. Brekfast dia perfect.
Bilik, katil

Besar bilik dia

Bilik air

Ruang tamu

View dari bilik, dari jauh nampak burj khalifa

Yang disediakan dalam bilik
Interior dalam hotel
Swimming pool


Tempat persalinan
3.Marina Building
Stay 2 malam di sini. Booking dari airbnb. Apartment style. Rezeki dapat murah terus grab stay sini. Berdekatan Dammac station, masjid, kedai makan dan fast food. Apartment dia simple sahaja, wifi laju dan siap ada balkoni lagi untuk lepak-lepak.
Ruang tamu

Ruang tam

View dari balkoni
Sekitar area marina building


* Aku jika travel ke luar negara, lebih suka tinggal di apartment atau rumah orang. Biasanya aku buat tempahan dari Airbnb. Tapi akan ada la satu malam akan tidur hotel sebab nak try breakfast hotel je. Hahaha

Aktiviti-aktviti yang kami lakukan di Dubai dan Abu Dhabi

1) Burj Khalifa
Siapa yang pergi Dubai tapi tak tengok secara dekat Burj Khalifa rugi je rasa. Kami pergi last day disana dan aim untuk tengok sunrise dari bangunan paling tinggi di dunia ini. Alhamdulillah. Tiket dia kami beli online dari official website sekali dengan breakfast (Croissant je pon). Hahaha. Burj Khalifa ini 24 H cantik, ikot la waktu apa pergi, tetap cantik dan elegen bagi aku. Bangunan ini dia attach sekali dengan Dubai Mall. Lupa, pada waktu malam ada main lampu dan fountain dekat sini. Cantik.
Burj Khalifa pada waktu malam, main lampu


yang normal
Tiket masuk ke dalam Burj Khalifa


Dari atas



Sunrise dari atas


Breakfast sekali dengan pakej

2) Tour ke Sand Dunes
Salah satu sebab aku ke sini ialah nak tengok padang pasir dari dekat. Alhamdulillah dapat juga aku merasa berdiri di tengah-tengah padang pasir. Booking pakej dari Airbnb private tour. Tour ini include pick up dari hotel, naik 4 wheel drive rentas padang pasir, main sandboarding, melawat kampung orang badwi (refreshment) dan naik unta. Bagi aku puas hati, pengalaman pertama dan tidak akan lupa bila-bila. Sesiapa yang berminat boleh booking di Airbnb, tour ada yang paling murah ke yang paling mahal, semakin banyak aktivit semakin mahal bayaran.
Padang pasir, Checked



Sandboarding, checked


Dalam pakej, naik unta

3) Old Souq
Jika nak lihat another site of Dubai, boleh la ke sini, bangunan style arab lama masih dikekalkan di sini. Ada historical bangunan dekat sini, tapi aku tidak sempat masuk. Aku ke sini naik abra, area ini tepi sungai. Barangan cenderahati dan textile banyak jual di sini tetapi AWAS, jika nak beli barangan dekat sini, sila pastikan ketulenan barang tersebut dan bagi aku souvenier kawasan ini overpriced. Penjual banyak dari negara India dan negara arab lain. Disini boleh tawar-menawar tapi still bagi aku mahal. Kedai makan pon banyak area sini dan semestinya murah dari mall dan tempat-tempat lain.
Sekitar Old Souq


Muzium ni jika tak silap

Gerai kanan kiri, AWAS sila beringat dalam berbelanja

Teoi sungai old souq ini


4) Syeikh Zayed Grand mosque
Masjid ini terletak di Abu Dhabi, Masjid ke-3 terbesar di dunia.Hampir 100% putih masjid ini dan siap ada mall lagi underground. Mahu ke sini harus ambil bas atau ambil kareem. Bagi yang nak masuk ke sini, ada laluan khas tapi jika timing tak kena, barisan dia boleh tahan juga. Dengar-dengar ada yang beratur hampir satu jam nak masuk ke perkarangan masjid. Kebetulan waktu kami sampai masuk waktu ZOHOR, kami ikut laluan khas untuk umat islam menunaikan kewajipan. Alhamdulillah urusan dipermudahkan.
Dari luar dah cantik

Tempat wuduk

Ruang solat

Ruang solat

Perkarangan masjid


5) Ferrari World
Ini juga di Abu Dhabi. Dari Syeikh Zayed Grand mosque, kami naik teksi ke Ferrari World. Taman tema Indoor tebesar sekali di dunia. Memang besar cuma bagi aku permainan dia tidak la se extreme tempat lain. Taman teman lain lagi best, mungkin di sini gah pada nama dia sahaja. Ferrari World ini dia attach dengan YAS Mall, boleh makan di sini, sebab makanan dalam Ferrari World mahal. Haha

Ferrari world gaisssss
Model ferrari dalam ini

Kereta Formula One




6) Palm Jumeirah
Pulau buatan yang berbemtuk pokok palma. Mahu ke sini selain dari kereta boleh juga naik monorail. Monorail khas keluar masuk ke Palm Jumeirah ini. Ada apa di sini??? Bagi aku tiada apa-apa yang menarik di sini kecuali jika nak bermain di taman tema aquaventure, the lost chamber aquarium dan mainan-mainan yang lain. Di daun-daun palma itu banyak rumah-rumah teres, harga sila tanya tuan rumah itu. Haha
Kena naik metro khas ke Palm Jumeirah


Kosong dalam metro ke palm jumeirah

View dalam train

Perumahan di palm jumeirah



Taman tema di sini

7) Public Beach
Di sini pantai yang berlatar belakang kan Burj Al-Arab, hotel yang paling berprestij sekali di sini. Bentuk dia macam iron baju tu. Di pantai ini boleh mandi, boleh main pasir, boleh berkelah dan apa-apa aktiviti pantai yang lain. Jangan pula pergi masuk dekat private beach lak, tak pasal-pasal kena surcaj. Hehe.
Burj Al-Arab

View dari tepi pantai

Add caption


Burj Al-Arab, ambil gambar mcm ini sahaja je la mampu

Makan, beli-belah

1) Mall of emirates
Gila apa mall ada tempat main ski dan snowboarding, ya ski yang orang main pada waktu musim sejuk tu. Nak ke sini dia ada stesen mrt khas iaitu stesen Mall of emirates. Mall ini sangat besar cakap la nak apa, insyaAllah ada terjual di sini. Last-last aku masuk starbuck dan Carrefour sahaja. Hahaha, Mall ini tidak crowded macam Dubai Mall.
Entranced MOE
2) Dubai Mall
Antara mall yang paling besar dunia. Crowded sangat-sangat terutama dengan pelancong dari negara China. Chinese is Everywhere. Hahaha. Mall ini crowded salah satu nya sebab dia bersambung dengan burj khalifa, bangunan paling tinggi di dunia. Tarikan lain di sini ialah terdapat Dubai Aquarium dan Underwater Zoo, dan kita dapat lihat sebahagian Aquarium ini di dalam mall secara percuma. Dekat sini, kami hanya makan-makan di food court sahaja. Di sini juga ada emirates airlines official store, dan boleh try flight stimulation juga di sini.
Aquarium dalam Mall

Ada part kita boleh lihat free dalam mall ini

Antara tarikan dalam mall ini
Interior dalam mal

Mall sangat bersih dan berkilat

Cantik

3)Old Souq
Entry berulang, dan sekali lagi aku ingatkan hati-hati jika berbelanja di sini, souvenier yang dijual di sini boleh jadi 2 kali ganda dari kedai souvenier di area Union Station. Lebih selamat boleh masuk ke kedai 5 dirham, 10 dirham dekat union station (macam kedai eco 2 ringgit di Malaysia, Daiso di Jepun).
Jika nak beli saouvenir, sila beli dekat sini ya!! Murah

Harga souvenier ni beza gila dalam kedai berbanding gerai2 di Old Souq

4)Kapadokya restaurant
Restaurant ini berhampiran Cassells al-Barsha hotel. Cuba try makanan Turki. Makanan dia sedap seiring harga makanan nya. Hahaha.
Sedap

Sedap-sedap

Sedap-sedap-sedap

5)Jabal Al-Noor
Ini area Old Souq, berpatutan dan sedap. Potion dia juga besar. Alhamdulillah. Memang area old souq ini makanan dia murah sedikit dari tempat lain. Mungkin juga di sini banyak komuniti india dan pakistan.

6)Jollibee, Taza, KFC, Mc Donalds dan Nandos
Fast food yang kami cuba di sini. Cepat dan mengenyangkan.
Jollibee, dekat Malaysia ada di Sabah sahaja

Sedap

Nandos

MekDi di UAE
Nandos

Sedap
Terima kasih semua yang membaca ya. Moga ketemu di entry yang berikutnya.

No comments:

Post a Comment