Saturday 27 June 2020

Cerita Jalan-jalan cari makan di Bangkok, Thailand



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah tahun ini, kita dapat meraikan Syawal dengan sempurna walaupun masih dalam pandemik Convid-19. Yang baru boleh rentas negeri sila patuh dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ya. Kita pasti menang.

Berbalik kepada tajuk di atas, percutian ke Bangkok merupakan trip aku yang ke-4 pada tahun 2019, selepas Kemboja, UAE dan India. Trip in merupakan trip spontan di mana tiket penerbangan dibeli waktu MATTA Fair pada bulan Mac dan pilihan waktu bercuti pada long weekend hari pekerja. Trip ini aku tiada buat itinerary yang  khusus dan persediannya hanya menukar Thailand baht dan tempah penginapan sahaja. Yang lain Free Go and Easy. Tak banyak yang dapat aku cover dan gambar pon sedikit aja.

Tarikh : 30/4-04/05/2019
Destinasi : Bangkok, Thailand
Penerbangan : Malaysia Airlines (Survanbhumi airport)

Tiket ke Bangkok

Dinner murtabak 
Airport Survanbhumi


Yang ini dari Bangkok ke KL
                                             
Ahli Rombongan : 2 (Aku dan Isteri)

Pengangkutan

Sepanjang di Bangkok hampir 100% pergerakan kami hanya menggunakan BTS dan naik Grab Car (tempat yang tidak di cover oleh BTS). Di Bangkok, pengangkutan train dia dipanggil BTS dan MRT dan satu lagi airport railway link. Line dia mudah sahaja sama seperti di KL. BTS dia ada dua line iaitu Silom Line dan Sukhumvit Line. MRT juga ada dua line iaitu Blue dan Purple line dan satu line lagi ialah airport railway link line (dari Survanhbhumi airport ya bukan Don Mueng airport). Sila daftar untuk membeli kad Rabbit (macam touch n go) untuk memudahkan urusan. Hanya Tap and Go.
BTS, MRT dan Airport Line

Selain dari pengangkutan MRT, terdapat taxi water yang dipanggil Chao Phrya Express boat. Line ini menyusuri sungai Chao Phraya dan terdapat beberapa stesen yang menarik untuk di singgah sepanjang laluan. Ini link nya :

http://www.chaophrayaexpressboat.com/en/home/

Perkhidmatan Grab, taxi dan motorsikal juga menyeluruh di dalam kota Bangkok ini disamping iconic Tuk-tuk yang sinonim dengan Bangkok. Jika boleh elakkan Tuk-tuk ini takut khuatir kena scam. Hehe
Macam kad Touch n Go kita, top up dan use it

Rail BTS ini

Penginapan

Untuk menginap di Bangkok, jangan bimbang boleh pilih menginap dari harga yang murah sehingga hotel 5 bintang. Pada malam pertama kami memilih di The O-Zone Inn yang berhampiran Survanbhumi airport, malas nak ke downtown Bangkok lagi sebab flight kami tiba hampir tengah malam. Untuk malam ke dua, kami memilih Hotel BelAir di area Sukhumvit yang berhampiran stesen BTS Nana. Sebab utama memilih di sini sebabnya pihak hotel menyesiakan buffet breakfast halal. Lagipun kejiranan ini banyak kedai-kedai aran, jadi pilihan makanan halal tidak menjadi masalah.
Bilik di Hotel BelAir, breakfast Halal disediakan dan memang sedap. Pagi-pagi dah hidang tomyam.

The O-Zone Inn. Klasik kan bilik dia, depan hotel ada 7eleven, malam agak bising sebab ada pub berdekatan

Antik

Untuk 2 malam terakhir, kami menetap di apartment, ditempah melalui Airbnb. Apartment ini berhampiran dengan stesen BTS On Nut. Sangat praktikal tempah menginap di sini. Alhamdulillah.
Apartment AirBnb

Simple and cozy

Aktiviti-aktiviti

Oleh kerana trip ini merupakan trip jalan-jalan cari makan, memang food hunting sahaja aktiviti kami berdua lakukan. Hahaha. Antara-antara tempat yang kami sempat pergi sepanjang di Bangkok ini ialah :

1) Area Ratchathewi

Bagi aku kawasan ni syurga makanan untuk makanan halal, ada masjid berhampiran (masjid darul aman) selain kawasan ini mudah di akses (bts ratchathewi dan phaya thai station). Antara kedai yang aku berjaya pergi di sini ialah Bang Dee restaurant, Farida Fatornee restaurand dan Nissaree restaurant. Kawasan ini juga terdapat banyak rumah tumpangan dan hotel, dari harga yang murah ke yang mahal. Sesiapa yang menginap di area sini, jika nak berjalan kaki ke platinum Mall dan pratunam market pon boleh (dalam 15 minit jalan kaki).
Ini waktu makan di Farida Fatornee, owner boleh cakap bahasa Melayu dialek Kelantan.

Tomyam di Kedai Farida Fatornee, Terbaik rasanya

Ini makan di Nasareen, Unik kedai dia, restaurant di Ting.1. Susah nak komunikasi, yang ambil order tak boleh cakap melayu atau english

Kena naik tangga ke Ting.1

Pada waktu malam, area sini ada kedai-kedai kaki lima. 

Jual Roti dan Air

Ini makan nasi briyani kambing di Bang Dee restaurant, kedai dia kecil sahaja, sedap nasi dia boleh cuba.

2) Chatuchak Market

Pasar hujung minggu yang wajib pergi jika anda di Bangkok. Dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Mahu ke sini boleh naik BTS dan berhenti di Stesen Mo Chit. Ikot orang ramai, confirm tak sesat. Boleh dikatakan hampir semua barang boleh didapatkan di sini. Halal food pon ada ya, jangan bimbang. Untuk souvenier boleh dicari di sini. Skill tawar-menawar yang tinggi diperlukan di sini dan lagi satu pasar ini panas amat sangat. Hahaha.
Gambar ini sahaja diambil waktu di Chatuchak Market, makan nasi campur di sini. Sedap dan pedas. Haha

3) Area Siam

Centre kawasan membeli belah di downton Bangkok. Antara mall yang terdapat di sini ialah, CentraWorld, Siam Paragon, Siam Centre, Siam Discovery dan MBK Centre. Boleh dikatakan mall ini bersambung antara satu yang lain. Jangan bimbang confirm tidak akan dapat cover semua area ini. Hahaha. Restaurant halal ada dan tempat solat pon disediakan. Jangan bimbang. Hard Rock Cafe juga ada berdekatan. Di CentraWorld ada antara Starbuck terbesar di Asia.
MBK Center, souvenier ada dijual dalam ini.

Yana Restaurant dalam MBK Centre, Sedap

Sedap nya, interior kedai dia juga cantik
Kedai Maid dreamin based dari Jepun ada juga di sini

Franchaise kopi local negara Thailand, Cafe Amazon. Kopi dia sedap. Teh juga sedap. Teh dengan Susu sedap sangat.

Saja tangkap, ini food court di Siam Paragon

Sempat juga merasa tengok wayang di sini, Siam Paragon

Starbuck di CentraWorld, antara yang terbesar

Interior design dia juga lawa

HRC di Bangkok

Teh susu cafe amazon.

4) Rod Fai Night Market

Salah satu night market yang popular di Bangkok. Pelbagai makanan dan barang yang dijual di sini (Pakaian, barangan vintage, jangan cari sauvenier dekat sini). Mahu ke sini, nak mudah ambil Grab atau naik MRT turun di stesen Thailand Cultural. Halal food ada di sini ya.
Dari jauh nampak signboard nya

boleh tahan ramai juga orang dekat sini

Jualan kiri dan kanan

Tempat fevourite, area makanan

Surely tak halal

Udang

miang plai

Daging bakar halal

Nasi Kaumok

Pulut Ayam

5) Area Sukhumvit

Area ini salah satu sub district yang popular di Bangkok. Hotel-hotel mewah banyak di sini, arab street pun ada dekat sini. Mahu ke sini boleh turun di Stesen MRT Sukhumvit, atau BTS Asok. Di sini juga ada kedai makanan halal yang popular, Usman Restaurant.  Nak ke sini boleh berhenti di stesen BTS Phrom Phong, dan boleh ambil Grab ke Usman Restaurant.
Arab street di Sukhumvit

Meriah juga kawasan arab street ni

Di Usman restaurant


Owner dia sangat peramah, dia ada jual rempah tom yam juga di sini

Sekian sahaja untuk entry Bangkok kali ini, maaf la sangat ringkas dan gambar pun tidak banyak. Trip spontan sahaja ke Bangkok. Tak ke pattaya, tak ke flotiang market, tak ke mea klong railway market, tak ke ayutthaya. Terima kasih kerana membaca.




No comments:

Post a Comment