Friday 16 June 2017

Mengejar Sakura di Negara Matahari Terbit (Bahagian 5)


Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Salam Ramadhan yang ke-22!!Lagi 8 hari nak raya..yeyeye

23/5/2017 (Selasa)

Untuk hari ini, seperti yang aku cakap pada posting yang lepas hari yang gila sedikit. Kenapa aku cakap hari ini gila sebabnya hampir satu hari itineary hari ini naik turun kereta api(denshya). Plan asal aku nak ke Ibaraki sebenarnya nak pergi Hitachi Seaside park. Katanya bunga-bunga(bukan sakura) tengah bloom. Tengok dalam poskad dan website memang cantik. Nak masuk kesini dikenakan bayaran.

Hitachi Seaside parl - Plan asal
Semangat la aku turun pagi itu, lepas check out terus kejar train 6.10 pagi. Train kali ini nama Limited Ekspress Super Hakuto dan akan tukar di Stesen Shin-Hakodate naik Shinkansen Hayabusa ke Ibaraki. Tapi aku mula perasan yang my wife setiap kereta api tiba, dia akan ambil gambar kepala kereta api tu dan siap puji-puji lagi train di Jepun cantik la, selesa la.

Aku cerita la sikit sebanyak pasal train di Jepun. Untuk maklumam train di Jepun hampir merangkumi seluruh Negara Jepun. JR(Japan railways) merupakan company train yang terbesar di Jepun dan ada juga beberapa Private Railways. Train di sini ada pelbagai jenis, dari Local, Semi-Rapid, Rapid, Exspress, Limited Ekspress dan Shinkansen. Jadi sila perhatikan betul-betul bila nak naik train di Jepun ini. Tak campur lagi subway, tram, streetcar bagai.hahha

Satu jepun leh naik train ini dengan JR Pass
Lepas cerita lebar dekat dia, dia cakap nak naik train-train tersebut. So, sayang bini katakan aku ikutkan la kehendak dia. Jadi plan hari ini, naik turun kereta api sahaja, yang penting dapat ambil gambar di kepala kereta api yang cantik-cantik itu.haha.

Jadi destinasi pertama kami ke Akita, Japan. Dari Shin-Hakodate naik Hayabusa Shinkansen berhenti di Morioka. Dari sini naik Komachi Shinkansen ke Akita. Berhenti kejap di Akita dan amik balik train dari Akita ke Sendai masih naik Komachi Shinkansen. Sampai di Sendai, ada masa lebih kurang 40 minit sebelum nak ke destinasi seterusnya.

Hayabusa

Selfie ngan mulut itik

1st perjalanan (Hakodate ke Morioka)

Morioka ke Akita
Di sendai sempat juga naik menara peninjau di sebelah Sendai station(AER building). Dari sini boleh nampak pemandangan sekitar Sendai. Banyak juga tempat menarik di Sendai sebenarnya, tetapi tidak cukup masa. Destinasi seterusnya ke Yamagata naik train Rapid Yamagata. Perjalanan ke Yamagata boleh tahan lawa view nya. Cantik.

Komachi Shinkansen
Akita Station
Singgah Yamagata kejap, ambil gambar train dan stesen, switch naik Tsubasa Shinkansen ke Omiya station. Sampai di Omiya station naik pula Max Toki Shinkansen ke Tokyo Station. Tengok tu!! berapa banyak train naik baru sampai Tokyo padahal kalau naik Hayabusa Shinkansen dari Shin-Hakodate ke Tokyo boleh je.haha. Semua perjalanan yang kita orang lalui ini semua free je dengan JR Pass.
Akita ke Sendai


Sendai Station


View Akita from AER building

Yamabiko Shinkansen
Sendai ke Yamagata
Yamagata ke Tokyo
Yamagata "Eki"

Tsubasa Shinkansen

Tempat basuh tangan dalam train

Tandas..tak bimbang kalo jenis yg suka melepas

Eh..eh..eh perjalanan bukan sampai sini je tau, last train kita orang naik pada hari ini iaitu train malam dari Tokyo ke Himeji, nama train yang kita rang naik ni sunrise seto. Tiket yang ni aku dah cerita dekat awal-awal posting. Night train ini, ada pelbagai jenis seat, tapi yang free dengan JR Pass ialah Nobi-Nobi seat. Nanti tengok gambar macam mana Nobi-nobi seat ini.
Tokyo ke Himeji

Sunrise Izumo/Seto

Kepala dia


Yang banyak duit boleh dok dalam kubikel
Ni la rupa Nobi-nobi seat

Satu partition sorang
Train bertolak jam 10 malam dan dijangka sampai Himeji dalam jam 5,25 pagi esok.

Bersambung..

Total hangus dah tak catit start hari ini sampai la balik..gomenasai minna-san

No comments:

Post a Comment