Thursday 15 June 2017

Mengejar Sakura di Negara Matahari Terbit(Bahagian 4)




Assalamualaikum dan salam sejahera,

Nak cepatkan cerita kembara aku dan isteri ke Negara matahari terbit ini.(macam la ada orang baca).haha

22/5/2017 (Isnin)

Pagi isnin bersambung cerita aku di Tomamu resort ini. Awal pagi dah bangun semngat punya pasal nak kejar Unkai Teracce. Apa itu unkai terrace, di macam kepulan awan yang terbentuk secara semula jadi dengan bantuan angin. Nak lebih lanjut, boleh la google.haha. Nak ke Unkai Terrace ini kena naik cable car, 1st cable car bergerak jam 5 pagi last cable car jam 8 pagi. Oleh sebab itu, awal-awal kita orang dah gerak.

Nak ke tempat cable car ini, ada perkhidmatan shuttle bus ke sini. Bas akan tunggu di depan resort yang kita tinggal. Ingat keluar awal, tak la ramai orang, sekali amik kau panjang punya beratur.haha. Popular juga si Unkai ini. Dah sampai di tempat cable car beli tiket dulu, harga pergi balik 1900 yen seorang. *Kejam mata bayar*.

Ok, bermula misi laki bini nak mencari si unkai pagi buta. Cable car dia tak mengecewakan, pemandangan sekitar cantik tapi kabus merencatkan sedikit pemandangan. Semakin ke atas semakin kabus, arghhhhh dah tak nampak apa-apa dah sekeliling.*Frust*. Sampai dekat atas, keluar dari cable car, udara boleh tahan sejuk nya, lebih kurang 10 darjah celcius. Disini disediakan juga baju sejuk jika kau orang lupa nak pakai baju tebal nak ke sini.

Cable car

Tomamu Resort

Tapiiii serius frust yang amat di sini, si Unkai tidak muncul-muncul hanya si kabus je kelihatan.huhu. Tapi dah alang-alang sampai ke sini, pusing-pusing juga la kejap. Kejap je kita orang disini, ambil keputusan nak turun dan blah dari Tomamu ini, kecewa yang amat.huhu. Sampai di resort, terus kemas dan check out dari resort. Amik shuttle bus ke Tomamu Station.

Sepatotnya belakang tu nampak Si Unkai tapi hanya Si Kabus

Cantik-cantik cidar dekat sini

Okey tinggalkan Tomamu, kita pergi ke destinasi seterusnya iaitu Hakodate. Dari Tomamu naik Limited Express Super Tokachi berhenti di minami-chitose dan naik Limited Express Super Hokuto ke Hakodate. Dalam 2.30 petang sampai di Hakodate. Hakodate merupakan bandar ke-2 terbesar di kepualan Hokkaido ini dan apa yang famous dekat sini semestinya Mount Hakodate dan Goryokaku fort.
Seksi kan Super Hakuto
Sampai di sini, terus kita orang berjalan kaki ke Hotel yang telah ditempah. Dalam 5 minit jalan kaki dah sampai di hotel. Cepat-cepat check in dan letak beg dalam bilik sebab nak pergi ke Fish morning market (asaichi area), tempat ni sebelah stesen Hakodate sahaja. Nama market dah "morning" mesti hanya pagi sahaja kan, TAK!! kebanyakkan kedai dia tutop jam 3 ke 4 petang. Lalu kawasan ini lebih kurang fish market di Sapporo semalam, seafood lover mesti suka tempat ini. Macam-macam ada.

Aku dan bini singgah satu kedai ini, tengok set ikan dia boleh tahan besar dan side dishes dia banyak. Order satu set ikan dengan satu ekor "ika"(sotong). Alhamdulillah sedap betul makanan dia. Lepas isi perut, plan asal nak ke Goryokaku fort nak pergi tengok cik Sakura di sana, tetapi difahamkan cik Sakura dah jatuh layu berguguran. Cancel plan, so balik bilik je, tunggu petang nak ke Mt.Hakodate.

Oishiiii jang!!
Dalam pukol 5.45 dah tercegat di stesen bas Hakodate, semangat nak tengok sunset di Mt.Hakodate and night view bandar Hakodate dari sana. Nak ke sini selain daripada bus, boleh juga naik ropeway macam kereta kabel ke sini. Sampai di Mt.Hakodate, angin atas sana boleh tahan kuatnya dan dingin. Tetapi, memang berbaloi-baloi datang ke sini, view dia memang superb dan mengagumkan. One million dollar night view katanya.hehe.




Ikot kronologi!!!View cantik beb!!

Boleh mati kesejukkan duduk lama-lama atas sini, so amik kepetusan turun. Macam biasa naik bas yang sama. Sampai di stesen, kita orang jalan-jalan sekejap di sekitar bandar Hakodate. Agak menarik juga bandar nya walaupun tidak semeriah bandar-bandar lain. Boleh dikatakan perbandaran nelayan Hakodate ini.(Boleh ek kata gitu)..Beli beberapa makanan dan bekal untuk esok sebab esoknya hari yang gila untuk kami berdua. Sebabnya..nanti cerita seterusnya..haha

Depan Hakodate station


Jalan-jalan sekitar Hakodate
Total hangus hari ini : Tiket Unkai Terrace : 3800 yen (2pax)
                                    Makan di market      : 1560 yen
                                    Tiket bas                   : 1600 yen(2pax)
                                    Kudapan                   : 878 yen
                                   

No comments:

Post a Comment