Tuesday 2 January 2018

EURO TRIP (PART 2) - Perlepasan - Paris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ok, aku sambung perjalanan aku sekeluarga ke bumi Eropah. Kali ini post aku kurang formal sedikit ye, dan tidak bercerita seperti post-post sebelum ini. Cuma, aku tulis apa-apa yang penting sahaja dan mana yang ingat je. Hahaha

25-26/11/2017 (Sabtu-Ahad)

>Flight yang aku naiki ialah, Oman Air WY824, take off jam 9.10 PM, tapi delayed hampir 30 minit. Tapi tidak kisah sebab kami akan layover di Muscat lebih 12 jam. Next flight ke CDG Paris jam 2.20 PM ke esokannya. Kami 9 orang semua, 3 dari kami naik Business Class. Aku ekonomi je la. Makanan Failed, masin. Flight entertainment OK, not bad. Legroom cun-cun je aku yang 183 cm ni. Huhu

>Sampai di Muscat jam jadi lambat 4jam. Lebih kurang jam 3.30am sampai sana. Masing-masing semua lepak surau tunggu Subuh. Lepas subuh kakak sulung belanja lounge. Alhamdulillah selesa, dapat mandi dan makan. Flight ke CDG ontime 2.20 PM, ceit masin sekali lagi makanan yang dibagi, spekulasi orang Arab suka masin. Hahaa.
* Cost Ekonomi = RM 1760 seorang

Masin

Lepak2 sebelum connection flight



Masin lagi!!

>Sampai CDG Paris jam 7.30 malam waktu sana. Lambat 7 jam dari Malaysia. Sampai di Terminal 2. Kena ingat CDG airport ini besar, pastikan terminal mana kita turun.

1) CDG nak ke downtown Paris banyak cara nya. Jika mahu guna train naik RER B dan terus ke Gare Du Nord atau mana-mana stesen yang berkenan. Boleh wat connection dengan Metro Paris juga. Fare dalam 10.30E tidak silap.

2) Boleh naik Bas Roissy nama nya trun Opera station, fare 12E.

3) Naik UBER, terus ke hotel, atau umah AirBnb

>Kami naik UBER, sebab malas nak bawak anak gajah 2 biji sini-sana, terus pergi rumah AirBnb, area De Plade. Dekat dengan Stadium Final Euro 2016. Ambil 2 buah UBER
*Cost UBER = RM 650
*Cost AirBnb = RM 957

UBER
>Sampai rumah, makan-makan, solat dan tidur
Stadium Euro 2016

Umah sewa, tepi canal
Total cost day 1(exclude ticket k.terbang) : Rm179 seorang

Bersambung next day..


No comments:

Post a Comment