Wednesday 17 January 2018

EURO TRIP(PART 3) - Paris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom sambung trip aku dan keluarga ke Eropah.

27/11/2017 (Isnin)

Bangun pagi isnin, siap-siap nak check out dari rumah Airbnb ini, sebab malam  ini flight ke Marrakesh, Maghribi(Morocco), jika dah 9 orang, faham sendiri la bukan kemain nak boleh siap semuanya. Ada antara kami masih jet lag lagi, so ada yang bangun seawal jam 4 pagi, maklum la jika di Malaysia jam sudah 11 pagi.

Aku, wife dan sepupu aku antara yang siap awal, cun tuan rumah ada sedia basikal, nak tunggu orang lain siap, kami pusing-pusing guna basikal sekitar kawasan ini. Suhu ya Allah sejuk sangat. Hahaha

Jadi semua dah siap, kami bergerak bersama-sama anak gajah 2 biji, masing-masing ada beg pikul atau beg tarik sendiri menuju ke Metro untuk pusing-pusing tempat menarik di Paris ini. Antara tempat yang sempat kami pergi ialah Eifel Tower, Musee du lourve dan Arc de triomphe sahaja. Kat sini aku kongsi sedikit macam mana kami pusing-pusing sekitar Paris.
Sorang2 bawa beg
Kami guna semua nya dengan Metro, nak cam metro ada huruf "M", satu stesen kadang ada lebih dari 1 tempat masuk, jadi kena pastikan Exit mana yang terdekat dengan tempat yang kita nak pergi tu. Kami tak beli one day pass, sebab buat perkiraan dengan 9 orang dengan hanya 3 tempat sahaja yang kami pergi, kami decide beli tiket satu-satu. One day pass pun banyak jenis dekat sini, jadi boleh refer ke laman web metro paris.

Single tiket untuk one way journey ialah 1.90E, yang menariknya jika beli 10 tiket harga jadi 14.80E, nama tiket ini "Carnet" boleh beli di mesin layan diri mana-mana stesen..jadi boleh jimat di situ jika beli dalam kiraan 10.

Destinasi yang kami pergi di Paris :

1) Eifel Tower - Dari sini ada 3 line metro yang terdekat, kami berhenti di Ecole militaire line 8 sebab terdekat dari Metro dengan rumah sewa kami. Stesen-stesen metro lain ialah line 9 (Trocadero) dan line 6(Bir-Hakeim).



2) Musee du lourve - Kena berhenti stesen Palais Royal du lourve line 1



3) Arc de triomphe - Berhenti di stesen Etoile line 1, dekat sini juga la terletak street champ de elysee


Lepas kami pergi 3 tempat ini, kami terus ke Airport Beavais, sebab penerbangan Ryan Air ke marrrakesh jam 7.50 malam.

Di paris ingat ye banyak airport international, yang paling besar Charles De Gaulle(CDG), ada juga Orly, Vatry, Beavais. Jadi pastikan mana airport anda turun dan naik ye!!

Macam mana nak ke Beavais airport, ada bus shuttle ke sana, kena naik bas di Porte Maillot, one way journey cost 17E. Boleh beli online ticket atau pon walk in. Eh lupa, porte maillot ni line 1 metro ye!!Perjalanan ke sini lebih kurang 1 jam.

TRAGEDI berlaku di sini, di mana kami tidak dibenarkan terbang ke Morrocco disebabkan tiada VISA ke sana. Yang ni memang atas kebodohan aku sendiri tidak double check dengan imigresen di sana. Kerajaan Malaysia dan Morocco buat perjanjian untuk VISA FREE untuk rakyat kedua-dua negara pada bulan Jun 2017, terus aku ingat tidak perlu buat visa. Hahaha. Rupanya 27/12/2017 barulah betul-betul peraturan ini berkuat kuasa. Kecewa kot.huhu

So, adhoc plan, stranded at Beavais Airport, dah la airport ni ada curfew time, jam 10pm tutup. Buka laman web Airbnb cari dulu accomdation untuk malam ini. Stay area Rue Richelieu berdekatan denga Hard Rock Paris.

Discuss sesama kita orang, decide tak nak stay di Paris, nak move on. So aku buat plan untuk esok pagi ke Brussels, Belgium. Tidak jauh pun 3 jam sahaja dari sini.

Bersambung..

Total cost untuk 9 orang :
1) Tiket Metro : 5 x 14.90 : Rm373
2) Bus pergi balik ke airport beauvais : Rm1454
3) AirBNB ad hoc : Rm1144

Tiket hangus
1) Paris ke Marrakesh : Rm1311
2) Airbnb di Marrakesh : Rm1180

Kos seorang : Rm607


No comments:

Post a Comment