Tuesday 9 January 2018

Travel dengan A350

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Di sini nak ambil kesempatan berkongsi pengalaman aku dan isteri menaiki pesawat A350 dari syarikat penerbangan national Malaysia Airlines Berhad(MAB) baru-baru ini.
Kacak
Idea ini datang dengan tiba-tiba sahaja sebenarnya, memandangkan MAB tengah buat penerbangan cubaan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalun menaggunakan 2 pesawat A350 yang MAB baru terima dari Perancis. Lepas ini A350 akan menggantikan A380 untuk perjalanan Kuala Lumpur - London.

MAB buat penerbangan cubaan ini hanya sampai 14 Januari 2018 sahaja, penerbangan yang terlibat ialah
Kul - Penang - Kul : MH1140/MH1145 dan MH1138/MH1143
Kul - KK - Kul : MH2614/MH2607

Kami beli tiket Kul - Penang -Kul, flight MH1138 balik MH1145, bertarikh 6/1/2018. Pergi balik hari orang kata. Harga tiket untuk seorang kena RM300 seorang pergi balik. Beli saat akhir, jadi harga tu rasa dah berbaloi. Nak ambil kelas business rasa mahal sangat pula. huhu

Flight MH1138 jam 9.15 pagi, jadi seawal 6.30 pagi dah keluar rumah bawa kereta ke KLIA. Sampai sana lebih kurang 7.15 pagi. Parking dekat situ, 4 riggit satu jam. Ok la, mahal lagi KLCC rasa nya.haha. Sebab pergi awal pagi sebenarnya nak lepak di Mas Longue, alang-alang wife aku ada 2 voucher Mas Longue, jadi kamu gunakan untuk hari itu.
Breakfast

Breakfast

Mas Domestik Longues lepas pengubahsuaain hari itu, makin cantik dan selesa jadinya. Mewah sungguh sekarang. Setiap tanda pon ada sink kecil masing-masing. Staff situ jangan cakap la memang peramah dan yang paling penting makanan sarapan pagi yang disediakan amat-amat sedap. Terima Kasih.

Flight MH1140 delayed 30 minit. Kapal terbang berlepas tepat Jam 9.45 pagi. Sedikit ulasan aku pasal Flight MAS yang guna pesawat A350 :
Cantik
- Dari segi luaran dia memang cantik dan kacak sangat kapal terbang ini, kena pula dengan Jalur Gemilang livery. Fuhh cantik
- FA kebanyakkan yang veteren tapi veteren pun semua peramah dan baik sangat. Tidak silap ada 11 orang semuanya atas flight itu.
- Mula-mula masuk seat 1st class, macam katil dan hanya ada 4 seat sahaja, lepas itu ada 2 bahagian untuk busniness class ada 35 semuanya yang selebihnya seat kelas ekonomi sampai la ke belakang. Ekonomi punya kerusi 3-3-3.
- Ruang kaki rasa macam luas sedikit dari kebiasaan pesawat MAS yang lain
- Flight entertainment MAS memang terbaik la, penuh dengan cerita dan lagu
- Tandas dia lawa,hahaha
- Sebab penerbangan ini kurang dari 60 minit, jadi dapat kacang ngan air oren sahaja
3-3-3 ekonomi class

FE

Tandas


Seat business
1st class
Flight pulang kami ke KL dengan MH1145 juga delayed, berlepas lebih kurang jam 1.25pm yang sepatutnya jam 12.55pm. Kedua-dua penerbangan yang kami naik ini landing dia kasar, kuat betul bunyi waktu mendarat. Tak thu la, salah Pilot ke atau A350 kena landing macam ini.
Alang-alang sampai Pulau Pinang, pekena Nasi Kandar

Sekian sahaja coretan aku pada post kali ini, Jumpa next posting. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment