Monday 28 January 2019

Melancong ke India(Part 1) - Bhubaneswar

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Setelah dapat Visa ke India (leceh nya Visa-visa ni), masa untuk kita explore India. Sebaigamana yang aku cakap sebelum ini, India merupakan negara yang aku mahu elak untuk pergi, tidak pernah terfikir untuk ke sini pun. Oleh sebab kejohanan Hoki Piala Dunia tahun ini berlangsung di sini, nak tak nak terpaksa ke sini juga. Untuk edisi tahun ini kejohanan diadakan di Bhubaneswar, ibu negeri Odisha di sebelah timur India berdekatan dengan kolkata di Utara dan Visakhapatnam di Selatan,.

Rancangan aku ke India ialah memasuki ikut Bhubaneswar dan pulang ikot Jaipur. Kenapa tidak balik ikut Bhubaneswar sebab aku yakin 100 peratus yang team Malaysia tidak mampu ke peringkat tertinggi(semi/final) dalam kejohanan dunia kali ini. Aku beli tiket ke Bhubaneswar pada 7/12/2018 dna pulang ikut Jaipur pada 14/12/2018. Kesimpulannya, team Malaysia knock out terus aku akan keluar dari Bhubaneswar ke tempat lain di India.
Boarding Pass


 Flight AK 31 ke Bhubaneswar dari KLIA 2 DELAYED. Akhir-akhir ini Airasia selalu delayed aku perasan. Hampir sejam delayed. Flight berjalan dengan lancar dan tiba kira-kira pukul 12.50 pagi sampai di Bhubaneswar International airport(Biju Patnaik). Waktu India lewat 3 jam 30 minit dengan waktu kita di Malaysia. Urusan imigresen berjalan dengan lancar dan aku perhatikan ramai juga rakyat Malaysia naik penerbangan ini, majoriti datang untuk beri sokongan kepada tema hoki Malaysia.
Biju Patnaik Airport

Keluar-keluar dah nampak singboard SELAMAT DATANG
Untuk mengelakkan scam tuk-tuk dan teksi sila guna apps OLA atau UBER di sini. InsyaAllah selamat dari kena scam perjalanan. Untuk penginapan di Bhubaneswar aku menggunakan aplikasi AirBnb (favourite) dan tempat bilik di rumah Uncle Jatindra dekat sahaja dengan stadium utama hoki. Walking distance. Aku dengan isteri bermalam 2 malam di sini. Bilik dia simple tapi lengkap dengan segala kemudahan yang disediakan. Recomended.

One bedroom

Ruang tamu,ruang makan

Tandas

Siap dengan TV dan Wifi

Apa yang menarik di Bhubaneswar, Ibu Negeri Odisha yang diberi jolokan India's Best Kept Secret, honestly aku pon tak tahu tapi apa yang aku boleh beritahu masyarakat yang sangat friendly, suka menolong dan bandar yang minat dengan permainan hoki. Tidak macam di New Delhi, Jaipur yang di mana mereka nak cekik darah kita. Dari segi tempat-tempat menarik di sini mungkin tidak boleh lawan dari negeri-negeri lain (ke aku yang kurang explore). Antara tempat menarik yang aku jejak sepanjang di Bhubaneswar ini :

1) Khandagiri Cave
Kuil dari kurun ke -18, temple Jain yang terletak di atas bukit, sebelah dia ada kuil lain nama Udayagiri Cave. Biasa-biasa je bagi aku. Tiada yang menarik sangat
Udayagiri Cave

Tiket masuk



Monyet kepala hitam

Khandagiri Cave


2) Kalinga stadium
World class Hockey stadium, tidak boleh nafi.
Tiket game


Dengan rakyat Malaysia lain, sama-sama minat hoki

Suasana dalam stadium


3) Esplanade
Shopping Mall paling besar di sini, walaupun tak sebesar mana.
KFC halal dekat sini

Ayam bakar KFC
4) Pasar basah





4) Jama Masjid

Tidak banyak pun tempat yang aku pergi ke sini, kebanyakkan masa habis di stadium. Semua orang tahu kan Malaysia tidak dapat proceed ke pusingan seterusnya dan mengkhiri di tangga 15 dari 16 pasukan. Sedih juga sebenarnya, tapi apakan daya.

Setelah dah tahu yang Malaysia tidak dapat proceed ke next stage, on the spot aku beli tiket penerbangan ke New Delhi by AirIndia pada esoknya jam 9.50pagi.

Bersambung...Delhi



1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete