Monday 14 January 2019

Visa ke India

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk entry kali ini aku akan menceritakan pengalaman aku dan isteri ke India pula pada bulan 12 tahun lepas. Aku pergi dari 7/12 hingga 14/12. Secara jujur nya, memang tidak pernah terlintas untuk aku nak ke sini, sebab kita banyak di dedahkan tentang keburukan negara ini. Dengan scam nya la dengan kotor nya, tapi dalam masa yang sama kita semua suka tengok filem Bollywood. Haha.

Namaste India
Salah satu lagi sebab aku tidak berminat ke negara ini disebabkan sebagai rakyat Malaysia kita diperlukan VISA untuk masuk ke sini. Jadi, di sini aku nak berkongsi cara macam mana nak buat Visa India.

Untuk Visa ke India, kita diberi dua pilihan sama ada untuk buat Visa On Arrival(E-Visa) atau buat siap-siap di sini. Ada pro dan kontra nya. Aku memilih untuk buat Visa di sini disebabkan airport yang aku tiba iaitu Bhubaneswar airport tidak menawarkan perkhidmatan E-Visa ini. Nak ke taknak kena buat di sini juga. Aku buat Visa di Kuala Lumpur yang dikendalikan IVS global services. Ada 8 lagi tempat untuk buat Visa di serata Malaysia. Boleh tekan sini http://www.indiavisa.com.my/index1.php untuk maklumat lebih lanjut.

Langkah satu persatu untuk membuat VISA INDIA

1) Pergi buat gambar Visa India, yang diminta 2 keping sahaja, ambil lebih tidak salah pun. Size dia 2inch X 2inchi dengan latar belakang warna PUTIH. Minta soft copy dengan tuan kedai sebab nak kena upload dalam website nanti.

2inch x 2inch
2) Buka website https://indianvisaonline.gov.in/visa/Registration untuk isi borang secara online. Isi satu persatu data yang diminta dan tolong jangan menipu atau agak-agak. Buat Multiple entry untuk durasi 1 tahun. aku buat untuk 6 bulan pada asalnya, tapi kena reject mentah-mentah di centre.

3) Sudah siap isi, sila print out borang tu, untuk dibawa ke centre bersama-sama
- Salinan passport
- Salinan IC
- 2 keping gambar
- Salinan tiket penerbangan pergi dan balik
( Jika form yang kita isi salah ke apa, kena bayar denda RM20 untuk upah dia orang isikan, jika nak jimat sila isi balik dan reprint form tu)

4) Sila BAYAR VISA FEE iaitu RM 462.56 dan tunggu 3 hari bekerja untuk dapatkan visa. Bapak mahal
Sila simpan resit yang diberi
* Tidak boleh kirim orang lain buat Visa kita sebab dia kena cop biometrik jari kita
* Waktu Pick Up Visa kita, orang lain boleh wakilkan dengan syarat resit pembayaran kita itu dibawa sekali
* Nak buat Visa hari Isnin ke Jumaat dari jam 9 pagi hingga ke 2 petang, waktu pick up dia akan bagitahu kita siap-siap biasanya petang, lepas jam 4 petang.

5) Dah dapat Visa, boleh tersenyum lebar dan Enjoy INDIA.
Jom ke INDIA
Terima kasih kerana membaca, jumpa untuk next entry.

No comments:

Post a Comment