Friday 11 January 2019

Jalan-jalan di Phuket

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2019 semua, maaf ye sudah lama tidak update dekat blog ini. Busy campur malas. Hahah. Ada beberapa tempat aku pergi lepas Sukan Asia di Jakarta cuma tidak sempat nak update di sini. Moga tahun baru ini aku lebih bersemangat.

Untuk entry kali ini, aku akan berkongsi pengalaman percutian aku dan isteri ke Phuket, Thailand. Mungkin sudah ramai blogger yang telah berkongsi tentang phuket ini, tapi lain orang lain pengalamannya. Jadi pembaca boleh amik sikit sebanyak untuk dijadikan panduan ke sini nanti.

Untuk percutian kali ini, boleh dikatakan agak tiba-tiba juga sebenarnya, sebulan belum terbang baru aku beli tiket penerbangan ke sini. Penerbangan aku kali ini menaiki pesawat Airasia, pergi pada 08/11/2018 dan pulang pada 11/11/2018. Tak lama pun. Satu-satunya persediaan aku sebelum ke sini hanya tempah penginapan di sana, Yang lain aku fikir ketika di sana. Bath pon aku tukar di sana, ada bawa sedikit baki bath pada trip chiang mai yang lepas.

Penginapan aku di sana, semestinya airbnb menjadi pilihan. Aku menginap di area Kathu, Kathu ini di antara tengah-tengah Phuket Town dan Patong Beach, jadi bagi aku agak strategik sebenarnya. Yang paling best owner airbnb ni sediakan scooter untuk tetamu yang menginap, jadi jimat dah duit untuk sewa scooter. Studio dia pon cantik dan harga pun berbaloi-baloi.

Airbnb Studio Type di Kathu

Sofa empuk sambil tengok cerita siam


Full set Kitchen
Pertama kali sampai di Aiport, mesti kena dapatkan local sim kad di sana, tidak mahal pun lebih kurang 200 bath untuk unlimited internet selama 7 hari. Dah dapat connection di sana mudah la kita untuk contact, search ke apa. Nak boooking Grab car pon mudah. Untuk makluman semua, Grab car di sana rate dia lagi mahal dengan kita. Untuk murah dari ariport ke are seperti Patong, Kathu semua boleh naik minivan (sharing) dalam 100 ke 150 bath. Airport bas untuk ke Phuket town pon ada, maksimum fare 100 bath.

Antara area tempat menarik di Phuket island yang aku dan isteri sempat pergi ialah :

1) Phuket town : Bandar lama dia, cantik dan bersih, banyak binaan-binaan lama lebih kurang bandar bentong, Pahang pun ada. Mudah cari kedai makan halal area sini
Phuket Old Town


2) Patong beach : Tempat wajib orang pergi bila di sini. Tourist attraction bole jadi liar pada malam dekat sini(area Bangla Road). Mall Jucyeclon, Hard Rock cafe ada di sini. Nak tukar Bath pon rate di sini lagi berbaloi.
Patong beach - Pantai tersohor di sini



HR di Patong
3) Rang Hill : Salah satu view yang banyak di sekitar Phuket. Biasa-biasa saja bagi aku dari atas sini.
Rang Hill

Pemandangan dari atas


4) Phi-phi Island Tour : Aku amik dengan Gembira Tours and Travel, Full board halal trip dalam 1200bath. Komen, lawa lagi island dekat Malaysia lagi. Hehe
Guna speedboat macam ini


Dekat Phi-Phi island

5) Weekend night market : Best!! Sebab dapat makan macam2 di sini. Banyak vendor Halal, jangan bimbang.
Weekend Market

Cucuk-cucuk


Seafood


Donut


Sup daging ngan Pulut Mangga

6) Phuket central Festival : Mungkin shopping mall paling besar di Thailand, New and Old wing. Dekat food court dia ada makanan Halal, booth air Cha Tra Mue pon ada dekat sini. Surau pon selesa.
Last Meal di Phuket Sentral

7) Beberapa masjid di sini, di sini banyak masjid dan surau jangan bimbang. Mudah untuk menjalankan kewajipan sebaga orang islam.

Antara tempat makan yang aku singgah di Phuket :

1) Roti Choufa Phuket : Area Choufa Road, breakfast yang simple dan sangat sedap. Roti dengan gulai ikan dia sedapnya!!
Pulut ayam, Nasi komok ngan roti canai ikan gulai

2) Makan Buffet Halal Phuket : Area Kathu, 199 bath makan sampai kenyang tidak termasuk air. Yang ni berbaloi-baloi, SILA PERGI!!
Makan Buffet

Aneka Seafood

Lauk Pauk




3) Old Phuket : Lupa nama kedai apa, tapi kedai dia betul laluan main attraction old phuket city. Breakfast di sini. Alhamdulilllah Sedap
Nasi dengan kari hijaudan asam ikan

Teh Ais

4) The Food Phuket : Betul depan umah apartment aku di kathu area. Nasi campur dia sedap dengan teh ais dia. Pergh!!

5) Aku ada singgah satu kedai kecil tepi jalan, sedap dan murah makanan dia. Tomyam putih dengan pad thai, terbaik. Tuan kedai ada bagi business card dia, tapi semua tulisan dalam Thailand, tidak pandai nak baca. Huhu
Tom Yum Putih

Phad Thai

By the way, KFC di Phuket juga halal, aku tak try tapi tanya beberapa orang local muslim kawasan sini cakap KFC di Phuket Halal, jangan ragu-ragu cakapnya. Aku search online pun Chairman Muslim sini cakap halal.

Pendek sahaja entry untuk Phuket, sraight to the point. Semoga berjumpa lagi untuk entry seterusnya. Terima Kasih kerana sudi membaca.


6 comments:

  1. numpang promote ya min ^^
    Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  2. Admin..bagaimana saya boleh contact tuan..ada no wassap tak...sebab saya nak text personal pasal phuket thai ..

    ReplyDelete
  3. Salam, berbaloi tak kalau saya sewa kereta di Phuket. Saya dengar harga Grab mahal. Saya hanya 2 malam je nanti. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Boleh tau nama studio than stay Tu?

    ReplyDelete
  5. Newbie bertanye ... phi phi island krabi ngn phuket nie ...pulau yg sme ker ?? Atau pulau yg berbeze ... sbb sy pnh pegi ke phi phi island krabi ... sekadar mencri pencerahan ... ingt nk try phuket

    ReplyDelete