Tuesday 11 April 2017

Land of Smile Chiang Mai, Thailand (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah aku dan isteri berjaya menyelesaikan lagi satu perjalanan ke negara gajah putih, iaitu Thailand. Perjalanan ini mengambil masa 4 hari 3 malam.

Peta negara Thailand

Di situ terletak Chiang Mai


31/3/2017 (Jumaat)

Kenapa Chiang Mai, kenapa tidak ke Bangkok, Phuket, Krabi dan banyak lagi destinasi yang menarik di Thailand ini. Jawapannya, sebab aku tidak pergi lagi.Hahaha..Sebenarnya percutian ke Chiang Mai ini tidak dirancang, tiket ini aku beli pada tahun lepas, bulan 11 rasanya. Waktu tengah "Scroll" FB, tiba-tiba nampak seseorang "post" pasal tiket yang murah di TRAVELOKA.COM, di mana jika tempah melalui Traveloka dapat lagi potongan RM 50. Pada waktu sama pula, Malindo Air buat promosi. Tercari-cari juga destinasi yang Malindo Air tawarkan, sebagai mana yang kita tahu destinasi Malindo ini tidak sebanyak AirAsia. Akhirnya, terbeli tiket ke Chiang Mai untuk 2 orang.

*Tip* Jika terdapat perancangan hendak mencari tiket penerbangan yang murah boleh cuba melalui Traveloka ini. Boleh dapat potongan.

Pada hari Jumaat, memandangkan penerbangan pada jam 10.30 am. Aku dan isteri keluar dari rumah di Cheras pada jam 7.30 am. Mula-mula pada malamnya, hendak menggunakan perkhidmatan bas di TBS, terus ke KLIA, fikir-fikir malas pula, naik GRAB Car lagi cepat dan harga pula tidak mahal. Dalam 45 minit sampai di KLIA dan tambang yang dikenakan sebanyak RM 72.80 sen.Perhatian ya, semua penerbangan Malindo di KLIA bukan KLIA2.

Selepas urusan check-in dan luggage drop, terus masuk ke balai perlepasan, siap beli Oldtown dan starbuck lagi.haha.Penerbangan tepat pada masanya, yang best pasal Malindo Air ni legroom dia luas, luas pada Malaysia Airlines lagi. Tapi dia punya in-flight entertainment memang kurang, tidak banyak pilihan cerita. Tapi yang menariknya, breakfast pada pagi itu, terkejut tidak pernah naik mana-mana airlines, kelas ekonomi tawarkan 4 pilihan breakfast. Terkedu kejap. Alhamdulillah makanan yang disajikan sedap, kena dengan citarasa.


Bihun ni sedap!!

Sampai di lapangan terbang Chiang Mai lebih kurang pukol 12.15 pm. 2 jam 45 minit penerbangan di mana waktu di Thailand awal satu jam dari Malaysia. Sampai dekat sini, ceit kena naik bas dan bas ini menuju ke Terminal ketibaan. Imigresen dekat Chiang Mai terbaik, cekap dan pantas sangat kerja. Dapat bagasi pon cepat. Pusing-pusing kejap dalam terminal nak mencari SimCard Thailand. Terjumpa pakej yang sesuai dengan kita orang. SimCard True Move, 9 gb, 40bath top up untuk 7 hari, harga 300 bath.

Suasana luar airport chiang mai

Dalam flight

Lepas urusan jual beli, terus on data, padahal airport ini ada je Wifi. haha.. Buka apps Grab, tempah Grab Car ke tempat penginapan. Macam biasa airbnb menjadi pilihan, dah tempah awal seminggu sebelum datang ke sini. Charge Grab car kena 110 bath. Dihantarnya depan rumah, jumpa owner rumah dan terus check in. Rumah yang pilih ini area Nimman Hamnida. Studio type. Rumah simple saja, tapi amat selesa, dah la atas 7 eleven dengan tempat massage.

Rumah studio airbnb

simple tapi OK!

Sekitar kawasan rumah

Masok bilik, rehat kejap dan solat jamak qasar zohor dan asar. Selepas itu, terus keluar dan misi utama nak pergi cari motorsikal. Memang plan dekat Chiang Mai ini nak bermotorsikal. Alhamduillah jumpa satu kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa morotsikal. Kami pilih scooter Yamaha, bayaran sewa pula sebanyak 250 bath untuk satu hari. 3 hari, jumlah keseluruhan 750 bath. Jika nak bermotorsikal juga pastikan sewa satu hari tidak lebih dari 300 bath ya. Takot kena tipu je. Rate lebih kurang 200-300 bath.

Apa lagi, terus lah kami berdua bermotorsikal menuju ke old city, misi utama hendak pusing-pusing sekitar old city sambil tengok berberapa temple/wat di dalam old city ini. Kami lintas hormat je, tak singgah betul, sebab wife tak beberapa gemar dengan wat-wat ini. Lepas itu dah nampak senja sedikit, misi mencari masjid di Chiang Mai, dah aku buat research sebelum datang ke sini. Di mana kawasan masjid ini terletak di Halal street food. Nama masjid ini Ban Ho mosques atau Hedaytul islam mosque.

Ni masjid nya. Ada tulisan cina bermaksud masjid. Dibina oleh cina muslim

Ni la street halal food

Selepas solat dekat sini, dekat luar pagar kawasan masjid ini, nampak peniaga-peniaga muslim buka gerai jualan. Terdapat beberapa gerai jualan seperti sosej, kek, makanan bergoreng, pancake dan macam-macam lagi. Harga memang murah dan rasanya pula sangat sedap. Alhamdulillah. Sepanjang street food ini juga terdapat restaurant yang diusahakan oleh peniaga muslim, bermacam-macam pilihan makanan boleh cari di sini, dari makanan local thailand, kepada western food, malah makanan korea muslim pun boleh dapatkan di sini.

sosej 2 bath satu

Gerai-gerai tepi jalan

Pancake 10 bath

Pankek beras pulut hitam

Pintu masuk halal street food

Oleh kerana masjid ini betul-betul di kawasan night baazar, terus kami berdua berjalan sekitar ini pula. Macam night market di Bangkok juga la, barang-brang yang dijual agak sama, dari pakaian, cenderamata dan makanan. Memang meriah, dan pelancong malah local pon ramai. Di jalan ini juga terdapat hard rock cafe dan shop, peminat hard rock merchandise boleh la singgah di sini. Agak lama juga kami berdua di sini sambil ambil night vibe area sini. Seriously, best, memang aku suka suasana local macam ini.








Rotee

Sedap
Dalam pukul 9 macam itu, kami keluar dari sini dan terus memecut ke MAYA shopping mall, area nimman, memang dah dekat dari tempat kita orang tinggal. Yang best ke thailand mahupun vietnam, mall dia ada khusus parking untuk motorsikal, siap berbumbung, cantik pula tu dah la FREE..haha. Masuk mall ini nak pergi hypermarket je sebenarnya, beli jajan dan air. Tips travel sila beli di hypermarket, harga jauh lebih murah dari convenience shop.haha..Dekat luar MAYA ini terdapat la sekumpulan remaja main skateboard, roller blade, busker dan lain- lain lagi.

maya mall, ambil dari motor

Pasal jajan ke, air ke, yoghurt ke, ais krim ke, jangan bimbang banyak produk di sini berlogo HALAL thailand dan sebagai mana yang kita tahu logo halal ini diiktiraf oleh JAKIM. Lepas berbelanja dekat sini, terus balik rumah. Eh, tak habis dekat situ, turun balik pergi massage kaki, haha, sedap wei urutan dia, berbaloi-baloi, kena 130 bath untuk 30 minit. Lepas kena urut, terus balik tidor.

*Ok, trip kali ini, aku akan total up semua perbelanjaan aku sepanjang di sini
Grab : Rm72.80 + 110b
Minum dan makan : mineral water 7b + guava juice 30b + teh ais 25 b + sosej 40b + pankek 20b + rotee pisang nutella 60 b + jajan di Maya 80b
Motor : 750b
Sun block 385b
Massage 130 b
Total : Aku amik kira mudah 10 bath : Rm 1.30 Jadi = RM 285.60 sen

Bersambung....







No comments:

Post a Comment