Saturday 22 April 2017

Land of Smile Chiang Mai, Thailand (Bahagian 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

2/4/2017 (Ahad)

Berbalik pada kisah aku dan isteri kembara ke Chiang Mai, Thailand. Pada hari ke-3, seperti yang diceritakan sebelum ini kita orang dah ambil one day tour ke Chiang Rai, Thailand. Salah satu lagi province di Thailand. Perjalanan ke sini lebih kurang 3 jam dari Chiang Mai, oleh sebab itu tour kali ini bermula jam 8 pagi lagi.

Seperti yang dijanjikan, van tour telah tunggu di depan rumah pada jam 8 pagi. Van yang digunakan van jenis hiace yang 12 seaters itu. Waktu kita orang naik dah ada satu couple dari Australia, dan sepanjang perjalanan pick up beberapa lagi pelancong yang macam aku ini. Tak silap aku, termasuk aku dalam 11 orang. Pemandu pelancong tidak silap aku nama dia Mai, petah orangnya dan banyak info yang diberikan sepanjang perjalanan ke Chiang Rai ini.

Destinasi pertama yang disinggah lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan, tidak ingat nama apa tempat ini, tapi kawasan hot spring, ada kolam air panas. Di sini juga ada coffee shop dan beberapa kedai makanan untuk makan dan minum. Kedai Rotee halal pon ada. Di sini ada beberapa makcik-makcik yang offer jual telur mentah dekat kita, untuk direbus menggunakan kolam air panas dekat situ.

Hot Spring

telur yang direbus



Lebih kurang 20 minit dekat situ, perjalanan diteruskan ke Chiang Rai, destinasi kali ini van akan singgah di White Temple @ Wat Rong Khun. Memang unik temple ini, semua warna putih, nampak suci je temple ini. Tandas pon eksklusif, cantik sangat. Nak kencing pon rasa bersalah.haha. Lepas white temple ini perjalanan diteruskan ke Chiang Rai, van ini akn lalu je bandar Chiang Rai, sebab destinasi utama ialah ke Golden Triangle.

White temple






Golden triangle ini merupakan sempadan 3 negara diantara Myanmmar, Laos dan Thailand. Di batasi oleh Sungai Mekong. Tempat ini satu ketika dulu popular dengan tempat tanaman candu, dan transaksi import-eksport dalam bentuk emas. Sebab itu dinamakan Golden Triangle. Sampai disini, aktiviti dia kita akan naik perahu dan dibawa dekat ke sempadan Myanmmar dan akan singgah satu pulau kecil dimiliki oleh kerajaan Laos. Lepas melawat Laos di bawa patah balik ke Thailand. Hebat kan dalam masa 1 jam, kita boleh melawat 3 negara.hahaha

Golden triangle

Sungai Mekong, jadi sempadan 3 negara


Ni satu pulau di Laos


Gerai jualan di Laos




Selepas naik perahu melawat 3 negara ini, perjalanan diteruskan ke Mea Sai border diantara Thailand dan Myanmmar. Sebelum itu van akan singgah untuk Lunch Buffer. Untuk kita orang islam ini boleh la nak sentuh bahagian vegeterian dan dessert. Alhamdulillah makanan yang disediakan pun sedap rasanya. Di sini juga disediakan tempat untuk solat, sila tanya dengan tuan kedai jika mahu bersolat disini.

Restoren buffet

Desert

Selepas makan dan solat di sini, lebih kurang 5 minit sampai di sempadan Thailand dan Myanmmar. Dekat sini banyak deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai bahan jualan. Malangnya, kita orang tidak singgah pon dekat sini, just buat lintasan hormat je tengok check point immigration. Orang cakap barang-barang dekat sini jauh lebih murah dari Chiang Mai. Kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Lepas itu, van akan berpatah balik dan menghala ke Chiang Mai. Sebelum sampai ke Chiang Mai, van akan berhenti kawasan Hill Tribes, dimana kawasan ini dihuni oleh etnik minoriti Thailand. Lebih kurang etnik-etnik di Sabah dan Serawak juga la. Di sini, sesiapa yang berminat nak tengok long neck etnik dikenakan bayaran tambahan. Kita orang tidak masuk pun,just pusing-pusing sekitar kampung tu je.

Ni la hill tribes village





Lebih kurang jam 8 malam baru lah sampai di Chiang Mai, van turunkan kita orang di rumah. Oleh kerana hari ini hari Ahad, tidak boleh membazir masa sebab malam itu ada Sunday Night Market, peluang terakhir kita orang nak membeli belah sebab esok nya dah mahu pulang ke Malaysia. Naik kejap atas rumah, mandi, solat terus start motor ke Sunday Night Market,

Untuk makluman Saturday night market, Sunday night market dan night market yang tiap-taip hari semuanya di kawasan yang berbeza ya. Konsep ketiga-tiga sama je sebenarnya, tapi yang weekly ini lagi meriah dan lagi ramai penjual. Di sini membeli je la kerjanya, habis bath dibuat nya.haha

Kita orang disini sampai la penjual-penjual kemas kedai nak tutop. Seriously Sunday night market ini sangat panjang dan besar boleh sesat jika tidak perhati betul-betul. Jadi kena lebih berwaspada disini lebih-lebih lagi yang bawa anak kecil. Lepas habis memborong kita orang terus balik ke rumah, tidur terus, letih katanya..haha..Gambar-gambar yang diambil di Sunday Night Market..











Bersambung untuk hari terakhir...

Kos untuk hari ketiga
Tour Chiang Rai : 1530b + beli belah semasa tour 154b
Petrol : 40b
Shopping di Sunday Night Market : Tidak ingat..haha
Total : Rm 224 + Sunday night market yang tak ingat

No comments:

Post a Comment