Wednesday 26 April 2017

Land of Smile Chiang Mai, Thailand (Bahagian Akhir)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Post ini adalah bahagian akhir aku dan isteri kembara ke Chiang Mai, Thailand

3/4/2017 (Isnin)

Hari yang terakhir ini tidak banyak yang dapat aku kongsikan. Memandangkan penerbangan pulang jam 1 petang, tidak banyak untuk dikongsikan. Tapi kita orang dah plan awal-awal, nak pergi brekfast dan last minute shopping.

So, awal pagi lagi, start motor memecut ke kedai nama Yaring Southern Cuisine. Oleh kerana waktu pagi, banyak main dishes tiada lagi, ada set brekfast sahaja. Tukang masak dekat sini boleh cakap Malaysia. Kita orang order roti, ak minta makan dengan Kari Hijau, wife tak ingat pula, rasa sup. Alhamdulillah makanan dekat sini juga sedap. Rupa-rupanya kedai ini dia tempat makan untuk sesiapa yang stay guesthouse. Lupa lak nama guesthouse dia. Sesiapa yang bercadang ke sini, boleh pertimbangkan guesthouse ini, sbb complimentary halal breakfast.



Lepas sarapan, kita orang pergi wororot market, sebab hari itu pergi kedai banyak dah nak tutop, kali ini pergi kedai banyak baru nak buka.haha. Isteri ada beli beberapa helai seluar dekat sini. Lepas pusing-pusing area ini, pergi balik ke halal street sebab nak beli makanan dekat kedai Khao Soi islam. Nak beli bungkus untuk makan di Airport nanti.




Dekat sini juga kita orang beli banyak local food yang kering, macam mangga, jambu batu dan nangka malah sambal pon di beli.haha. Lepas perabis bath yang ada, pergi drop motor dan terus ke bilik. Kemas-kemas sikit, tempah Grab dan terus ke airport. Urusan di airport lancar je, dan flight sharp on time.


Hasil tangkapan di sini,




Total kos hari terakhir:
Sarapan : 330b
Shopping makanan kering : 560b
Grab car : 120b
Total : Rm 132

Alhamdulillah sudah selesai catatan aku di Chiang Mai ini.Semoga bertemu lagi untuk destinasi yang seterusnya. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment