Sunday 2 April 2017

Melancong ke Manila, Filipina (Bahagian 3)

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Ok!..Aku sambungkan cerita aku dan wife di Manila.

25/2/2017 (Hari ketiga)

Pada hari ke-3, seperti biasa bgun agak lwat juga. Sarapan pagi bersiap-siap semua, dalam pukol 10 keluar dari bilik. Plan hari ini, nak pergi Palanca Street lagi, kali ini barulah nak memborong souvenier. Macam biasa la, kita pergi melancong kita pula kena buat balik buah tangan untuk orang2 di sini. Dekat sini sahaja biasanya beratus-ratus habis kan.huhu.

Semangat kita orang pergi station Hulo, untuk naik sekali lagi Pasig Ferry ni ke Escolta. Station paling hampir dengan Palanca Street ni. Sekali sampai di Hulo, katanya tiket dah full. Sedih. So, tukar plan nak guna MRT, yg terdekat dari tempat umah ak ni ialah station Guadalupe. Macam biasa la naik Jeepney ke sini. 8 pesos je.

Dari Guadalupe station terus ke Carriedo station. Turun terus ke area Palanca street ini untuk masok kedai souvenier ni. Konsep kedai dia dekat sini secara wholesale. Beli banyak lagi dapat murah. Macam2 ada dekat sini. Boleh pilih2. Banyak juga kita org memborong dekat sini. Kebanyakkan Fridge magnet dan Keychain.
Keychain macam ni jatuh 15 pesos satu

Fridge magnet 20 pesos

Lepas tu, alang dah dekat ngan Masjid, pergi solat jamak zohor-asar dekat sini, makan tengah hari dekat sini juga. Untuk perigatan la, area masjid ni ramai kanak2, minta sedekah, jadi kena lebih hati2. InsyaAllah xde apa2. Lepas semua selesai pergi balik ke Carriedo station dan plan nak ke Rizal park sekali lagi. Nak tgok Rizal park waktu siang pula. Selali lagi naik Jeepney.

Lapu-lapu

Tugu peringatan filipina korea

Berhenti di sini, rehat kejap dekat taman ini, sebab hari ini Sabtu, ramai rakyat filipina turun padang. Macam2 aktivit yang mereka buat di sini, berkelah, menyanyi, buskers, street dance. Agak lama juga dekat sini tgok gelagat dia orang, Lepas tu, masok tempat pembunuhan jose rizal ( The Martyrdom of Dr,Jose Rizal). Dekat sini dia lakon balik macam mana Si Rizal ni, juga seorang ophthalmologist ditembak, Lepas tu, pergi tgok Rizal monumen, kebetulan pula dengan acara pertukaran guard dekat sini. Rezeki,

Tempat pembunuhan jose rizal

Lakon semula bagaimana si Rizal di hukum bunuh

Si Rizal

Tugu perimgatan Jose Rizal

Agak lama juga di Rizal park ni, naik grab ke SM Mall of Asia. Dia org claim mall paling besar di Asia. Sesungguhnya memang besar sekali. Berblok-blok mall dia. Memang tak habis pusing la. Macam2 kedai ada, dekat sini pon ada kultura (kedai souvenier), tapi tak sebesar di SM Mall dekat Ayala. Nak hampir gelap, plan nak makan seafood dekat sini, so pergi Seaside Seafood dan Wet Market. Konsep kedai dekat sini, bawah tu pasar basar, amik la seafood apa yang kita mahu, bawa naik ke atas pilih kedai untuk dimasak. Status kedai, tiada la yang dapat sijil halal, tpi pandai2 la nilai sendiri.
  • Sutong celop tepong
Lepas makan, jalan kaki sekitar situ sampai ke taft station. Ada night market. Ingat naik naik Lrt balik umah,,tpi wife x larat nak hadap kesesakan dalam train. Kesian dekat dia, tempat Grab terus ke umah. Rehat jap dekat rumah, tgok jam masih awal lagi, ajak wife kluar, dia cakap dah x larat. Apa lagi, man night out la..Haha..Malam tu ak pergi jalan-jalan sekitar Makati Avenue. Area Makati Avenue, bnyk club2, coffee shop dan kedai2 makan.



Bo's coffee..Filipina coffee shop
Bersambung untuk hari yang terakhir...

No comments:

Post a Comment